Untuk menghubungi MindGym, saya lebih suka menggunakan perkhidmatan..

Talian talifon
SMS
Email/Borang Online
Datang berjumpa Mentor





 Administrator Sahaja
 Objektif MindGym
 Aktivity Di MindGym
 Syarat² MindGym
 Penerangan Kursus Di MindGym

 
Web Mindgym2u.com


MIND GYM CENTER
MIND GYM DEVELOPMENT AND TRAINING CENTRE

(KT0161456-M)

Beribu pejabat di:
Lot 1217, Taman Sabariah, Jalan Pengkalan Chepa 15400 Kota Bharu, KELANTAN.

MIND GYM merupakan satu akademi yang menjalankan kegiatan spiritual bagi mereka yang ingin memperdalamkan atau menggerakan olah batin dan mempraktikan kaedah 'supernatural' atau 'parapsikology'. MIND GYM berperanan juga menjalinkan kerjasama dan usaha dengan beberapa pakar paranormal dan supernatural di Malaysia.

MENGAPA PERLU MIND GYM? Kerana di abad 21 ini masalah seperti paranormal, hantu, jin, syaitan, sinar ozone (tenaga dalam) dan misteri kekuatan ternyata menjadi tajuk yang paling ramai dibicara, dibincangkan malah juga diseminarkan. Ianya tidak hanya berlaku di Malaysia malah meliputi hampir kesemua negara termasuk negara-negara maju.

MIND GYM kini cuba mengajak manusia untuk berfikir secara ilmiah pada perkara-perkara yang bersifat Metafizik dan menghindari perbuatan-perbuatan yang condong ke arah kesyirikan. Kita boleh percaya bahkan wajib bagi umat Islam untuk meyakini bahawa perkara-perkara yang bersifat ghaibiah memang wujud, namun bukan bererti terjerumus dalam perkara-perkara yang negatif & boleh membawa kepada syirik. Namun demikian tidak mungkin dapat disangkal baik dari sudut agama mahupun disiplin ilmu pengetahuan bahawa misteri yang menyelubungi keghaiban masih banyak diperbincangkan / diperbahaskan samada pro dan kontra dengan bermacam-macam bahasan dan pendapat sehingga menimbulkan pelbagai pendapat dan percanggahan yang berpanjangan dan tidak berkesudahan.

Oleh itu MIND GYM tampil ke depan dan berusaha sebaik mungkin untuk meninjau dari berbagai disiplin ilmu dan sejarah yang dikemaskan dari beberapa sudut seperti falsafah, psikology, parapsikology, agama dan fizikal sebagai penjelasan samada positif (yang boleh digunakan) atau negatif (yang perlu dihindari).

MIND GYM mempunyai mentor-mentor (guru-guru) yang berpengalaman dari sudut dan ilmu Metafizik yang saling berganding bahu dalam memberikan pengetahuan, kesedaran dan kefahaman.

Namun demikian MIND GYM menyedari bahawa tidak ada sesuatu yang 'kamal' (sempurna) dalam setiap sudut. Semoga dengan kemunculan MIND GYM dapat memberikan manafaat serta kekuatan dalam visi yang luas bagi mereka yang ingin menyertai DUNIA METAFIZIK bagi MERAIH ENIGMA DIRI melalui 'the power of ZIMA'

MOTTO MIND GYM
"MIND, BODY & SOUL"

VISI MIND GYM.
"UNTUK MENJADI AGENSI PERINTIS YANG TERUNGGUL DI MALAYSIA DALAM BIDANG PEMBANGUNAN DIRI & ORGANISASI MELALUI KAEDAH BIOENERGIOLOGI"

Laman Utama | Warga Kerja | Pusat Rawatan | Kursus | Produk | Artikel | Tasauf | Album | Berita | Hubungi
Copyright. 2005 www.mindgym2u.com
www.mindgym2u.com